Tuesday, July 19, 2011

WIZ di Family Day HICE 2010

 Hehehe...lawa tak rambutku? Masa nie kakak dah masuk setahun sebulan. Masa nie Family Day HICE 2010. Walaupon daaa terlambat, tapi umi nak jugak interpreme kan gambar-gambar nie sume utk kenang-kenangan kakak di masa akan datang. Kalo kakak tgk nie mesti dia suka. Kakak memang suka tgk gambar2 dia.. hehehehe..
 Muka kakak masam aje.Masa nie dia tak nak makan...nak jalan aje keje nya.Yela baru baru dapat kaki..so, ecxited laa dia nak pusing2. Masa nie sume org tgh duk breakfast. Chommeey laa kakak wat muka cam tue!!hehehe

Bergambar di Masjid Kristal, Terengganu. Masa nie umi pregnant Muiz (almost 5 months). 


Ahli keluarga HICE 2010.


 Ini depan kedai Cenderahati Masjid Kristal 


 Ini acara paling menarik untuk warga HICE!Naik bot utk ke Pulau Redang utk acara mencandat sotong. Kakak sampai tertido penangan angin laut.


Kakak excited first time naik bot dan mencandat sotong!!Same goes to umi. First time candat sotong. 


Ini laa kemuncak mencandat, kakak sudaaa keletihan.Dah laa bot bergoyang2...sangat menguji kekuatan mental dan fizikal. Masa nie ayah naik bot lain, kami naik bot lain. Ayah denga intention nak memancing after mencandat! Tapi, ghupenya mereka sudah flat (mabuk laut) seawalnya...hehehe..kelakar laa pulak bila dengar citer2 org lelaki mabuk!hehehe


Ini auntie Mar.Student praktikal HICE 2010. She's really sweet. 

WIZ bersama Pak Abang ke Alamanda.


Ini auntie tiqah, kawan umi masa umi keje di UiTM dulu. Kenal masa dia tengah buat praktikal kat Bahagian Kaunseling, UiTM. Tapi skang nie dia keje kat UKM. Dan yang pasti boleh kawen dah pon!!hehehe.Yang pegang kakak tue adalah pak abang. Ghupenya dorang nie adalah kawan kelas masa kat Tepang dulu. Sekolah apa kurang pasti.

Yang dukung kakak tue ialah Cik Ili, tunang Pak Abang.Hari ini hari Sabtu, saje je Pak Abang bawak kakak g Alamanda. Since dia kata nak temankan tunangnya lunch. Anyway, thanks to Pak Abang n Cik Ili coz sudi entertained kakak today. Thanks for Burger King N Famous Amos n CD's song. 

WIZ n En. Hubby di Arsenal VS Malaysia


Waaahhh!!First time kakak with ayah ke Stadium Bukit Jalil.Watched friendly game between Arsenal VS Malaysia. (13 Julai 2011) 
 Kakak n Ayah.Kakak sokong Arsenal?Ayah tetap 
    sokong Malaysia walaupon 
Msia kalah (0-4) ...huhuhuhu..semangat kenegaraan!!
En.Hubby aku nie actually peminat Liverpool, 
tapi disebabkan  oleh tickets free yang disponsor oleh ex boss dia, so
    dia tetap pegi utk kenalkan kakak pada stadium!


Senyum lebar kakak!!! Sambil tgk bola makan nugget. 
   Happy meal yang disponsor!


Kakak with Cik Ili, Cik Ya n Pak Abang. 

Tuesday, July 12, 2011

Apa yang kurasakan!

Jika kita kehilangan insan yang teramat kita sayang.Apakah yang harus kita buat?apakah kesan pada kehidupan kita yang akan mendatang?Haruskah kita meratapi?Haruskah kita tangisi?

Tidak terjangkau oleh pemikiranku bagaimanakah kehilangan seorang insan yang kita sayangi terutamanya insan yang bernama BONDA. Tidak terjangkau oleh perasaanku bagaimana kanak-kanak yang masih kecil kehilangan seorang ibu@ummi@mak@mama n etc.Pasti mereka tercari-cari dimana bonda mereka pergi.KEHILANGAN YANG TIADA PULANGNYA.Mesti mereka masih belum mengerti sepenuhnya akan erti sebuah kehilangan.

Tapi bagaimana pula dengan insan yang sudah menjangkau umur 7thn dan keatas yang sudah mengerti akan sebuah kehilangan serta kematian?Pastinya air mata yang sentiasa menemani kehidupan mereka kan?.Kita yang tak pernah kehilangan pasti tidak pernah merasai perasaan pilu, hiba, sebak atau yang seangkatan dengannya.

Begitulah juga cerita yang akan aku cuba sampaikan:

Satu hari ketika aku sedang memandu kereta, tetiba telefonku berbunyi, satu SMS masuk:

 ADIK: "Kak...adk nak mak"

 DeQmA( kakak ipar): " Sabala dik...bykkan baca quran, ada big problem ke dik?

ADIK: Adk nk ikot mak ...adk nk ikot mak...adk nak mak adk balik...(tetiba hatiku terus sebak, air mata laju aje mengalir)

DeQmA : Janganla mcm nie.Sedih akak.

ADIK: Adik btl2 nk adk blk...adk nk ikot mak

DeQmA: (terkedu dgn kata2 adik, tidak terjangkau oleh hati kecil ini tentang rasa itu...aku cuma mampu terdiam...menunggu kata2 hati adik keluar, saja aku biarkan ..kerana aku juga sngat sebak...smbil memandu air matalu mengalir..nasib baiklaa dalam kete..aku layan aje air mata ini mengalir...)huhuhuhukalo ada org mesti aku tahan nanges!)

ADIK: Mak x sygkan adk kn..?sbb 2 mak tinggalkan adk..kalo mak syg. mak x kn tgglkan adk..mk mst ckp dgn adk wk2 mak skt dulu.

DeQmA: Allah lebh sygkan mak dik..bykkan besabar ye..(Itu aje yang mampu aku ucap:sedih beb!)

ADIK: Kenapa Dia amek mak adk...knp

DeQmA: Jangan ckp mcm tue dik.Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah.(Aku tercari2, apakah ayat memujuk terbaek utk adik tidak terus menyalahkan takdir)

ADIK: X...adk lg sygkan  mak... Mak x kn pergi ...mak x kan pegi kalo adk bwk mak g klinik awal2 lg...
Adik benci dgn diri adk...adk perlukan mak....

DeQmA: Semua orang perlukan mak dik, percayala, semua diantara kita sama mcm adik, tp kami semua kena tabah dan sabar. (Actually,aku selalu gak perasan akan kesedihan serta kepiluan yang suamiku tanggung, cuma bezanya dia tak luahkan...cuma kekadang...dia mengesat perlahan2 air mata, tak nak aku perasan agaknya, walhal...aku pon bila dia sedih bila aku ternmpk adengan itu, ku perhatikan dari jauh aje...hatiku juga menangis)

ADIK: Adk xkuat..adk nk mak adk..adk kt tepeng...adk xnk blk penang...adk nk ddk dgn mak kt umah ni..

DeQmA: Adk tk de kelas? Balik laa penang

ADIK: Adik x nk..adk nak mak jgk.

DeQmA: Jgnla mcm nie, blaja penting dik.Itukan harapan mak nak adik jadi nurse, tunaikanlah...

ADIK: X.....mak da xsygkan adk...mak da x perlukan adk..utk apa adk buat sume tue...sumpah  x lame lg adk akan gila..tekanan jiwa sgt2..

DeQmA: Bawak mengucap bebanyak dik...(aku dah cuak dah actually! dia sudah out of control)

ADIK: Mak mmg d x sygkan adk...sume org x sygkan adk...adk jahat..sbb 2 sume owg nk pergi dari idop adk...

DeQmA: Sume org sygkan adik.Jgnla ckp mcm tue...

ADIK: x...kalo syg..sume owg tk kan pergi...

DeQmA: So, hargailah org dikeliling kita. Insyallah akan terisi kekosongan .(Betul ke hah nasihat aku tue?aku tak tau dah mcm mana nak pujuk adik)

ADIK: Hargaii...?diri adk sendiri pon adk benci mcm mana nak hargai org laen,..sumber kekuatan adik pon da pergi... kt mana adk nk bergantung lagi...

DeQmA: (huhuhu....it's really makes me cried!!!) Nasib baik laa bukan kat opis...nasib kat site..boleh laa aku cover2 air mata nie..)

ADIK: Adk bt sume 2 kak..tp benci diri adk sendiri...adk x mampu jd yg terbaek.

DeQmA: Jangan menci diri sendiri dik, Dekatkan diri dengan Allah. Insyallah tenang.Tak pe dik, Allah Maha Mendengar Rintihan HambaNYA.

ADIK: Tp. knp Allah x dengar masa adk mintak mak sembuh...kenapa kak...kenapa sume nie jd. kat adik...

DeQmA: (aku terus terkedu...tak mampu nak cakap apa2 lagi, kerana aku sngt sebak dan sedih sesgt...aku tak mampu nk teman dia menangis bersama2 kerana kami jauh...KL-Tepeng..kalo dekat insyallah aku akan cuba tenangkan dia..huhuhu) aku biarkan SMS tergantung mcm tue...
 

Sedikit kisah aku utk aku kongsikan hari ini. Aku juga tidak pernah terbayang utk hidup tanpa mak mertua dlm masa terdekat, kerana aku tahu, suamiku amat menyayangi arwah maknya. Setiap kali arwah mak datang..aku perasan, suamiku sgt girang dan ceria!!Tapi, sekarang hidup dia kelihatan agak hambar...agak suram....tiada lagi keceriaan!!tp, apa yang pasti, mereka tetap meneruskan hidup ini biar pon tanpa idola  seperti sediakala.Hidup perlu terus utk org2 yng masih ada. Menghargai setiap insan yng masih hidup.

Tidak terjangkau dek pemikiranku kiranya JIKA aku kehilangan mak!Pastinya kosong...seperti sebuah kotak kosong....!!!Namun, memang janji Allah perlu kita akui.Yang hidup pastinya akan mati.

Tarikh arwah Nurimah Mohd Ali  meninggal: 13 Disember 2010.
Alfatihah.

Wednesday, July 6, 2011

2 beradik bergelak tawa dengan riangnya....

Setiap malam, aktiviti sebelum mereka tido adalah bergelak ketawa.
Aktiviti mereka nie sentiasa membuatkan hati umi sentiasa bahagia.Sangat bahagia!
Malam tadi kakak tgk video masa umur dia hampir setahun.Video tue dia baru boleh berjalan,
suka sangat depa dua orang nie nengok video itu.Kalo sorang gelak, sorang lagik pon mesti ikut gelak.
Walhal masa tue Mu'iz masa tue memang dah mamai nak tito! Dia tahan jugak mata kuyu nya melayan kerenah kakaknya.

Kakak semenjak seminggu dua nie memang suka jerit2 bila dia dalam keadaan happy!
Jerit nama ayah dia kuat2 ... jerit nama adik izz kuat2!!Begitulah kerenah anak2 ku kini.
Gelagat mereka setiap hari memang mencuit hati umi.




Tuesday, July 5, 2011

Kakak@Zahirah sudah makin pandai mengikut semua gaya2 dalam cerita di TV !!

Anak sulungku ini memang sudah pandai mengajuk atau mengikut semua kelakuan2 yang dia tgk dlm TV.Latest dalam citer Wok Yoh!(siri cerita kelate)Ada attached dibawah ni..CD nie mummy n daddy hadiahkan pada kakak.So, tiap kali naik kete ayah, mesti dia nak tgk cite nie selain citer Upin Ipin.Kakak dah siap hafal dah lagu2 dlm nie..(dlm bahasa dia laa).Nak tergelak pon ada bila tengok dia wat aksi seperti dlam CD tue.Tambah2 part yg kucing tu duk kaki Dorina.."piii.ppiiihhhhh...piiiihhhhhh....pieeeehhhhh!!".Ini laa part yang dia follow)!!hahahahaha


Friday, July 1, 2011

100 Hari akan Meninggal


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakiNya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja 
mereka sadar atau tidak.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"Tanda 40 hari sebelum hari mati"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulamengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah ny awa yang akan dicabutnya.

"Tanda 7 hari"

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

"Tanda 3 hari"

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"Tanda 1 hari"

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

"Tanda akhir"

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak


Muiz first time demam

Sian anak umi nie..seumur hidup dia, ini first time dia demam...pecah rekod!Almost 10 months baru nk demam.
Kakak dia dulu hampir setiap bulan asyik demam.Sangat berbeza.

Bila demam melanda nie, biasala bebudak kan..mesti nak merengek aje...mlm td hapir 3 kali dia sedar.Agaknya sebb bdan dia panas.cian dia.

Semoga anak umi cepat sembuh ye sayang.!We LOVE YOU.


Wednesday, June 29, 2011

Setiap kali Muiz nanges

Kakak sudah pandai memujuk adiknya bila nanges.Bagus!!satu perkembangan yang baik. Setiap kali aku tinggalkan muiz kat memana laa, mesti aku pesan ngan kakak dia...."kakak, tengokkan muiz ok ye kakak...."so, secara otomatiknya kakak akan terus tgk adik..so sweet my lil dotter!

Pagi tadi muiz n kakak bangun seawal 5 pagi. Dah hampir 2 minggu dah dorang nie asyik bangun kol 4 5 pagi..Hmm..training utk bangun sahur agaknya nie.Tak ngapa lah, bagus jugak dorang nie bangun awal..cumanya, uminya laa yang ngantuk..huhuhu.

Wednesday, May 18, 2011

Berprasangka

‎"Dan janganlah kalian saling hasud menghasud, saling benci-membenci, serta janganlah kalian saling mencari-cari kesalahan orang lain dan jelek-menjelekan, tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara." (HR.imam Bukhari)

♥ jaga iman jaga shalat jaga akhlak ♥

♥ mari jadi orang baik ♥



Harus kita mengakui akan kelemahan sendiri dan jangan sesekali kita menunding jari terhadap orang lain walauapa jua yang berlaku..

Saturday, May 14, 2011

Angin, sampaikan salam RINDUKU pada ayahnda serta ibunda tersayang!

Rinduku pada mak + wea (panggilan utk ayah) sudah tidak keruan lagi. Bukan tidak mahu pulang, namun apa kan daya, rezeki, masa, serta kelapangan masih jua belum tiba. Kekangan kewangan merupakan perkara terpenting buat masa nie. Bukan aku lupa kampung, bukan aku ayahnda serta bonda, bukan aku lupa BUDU di cicah dengan pucuk paku beserta ikan goreng.rinduuunya nak makan semua makanan kegemaranku.Takpe, SABAR!! tiba masanya aku akan balik...nak kata tak berduit sangat tak ada laa...tapi cukup2 aje utk anak2. Insyallah, tiba masanya nanti kami akan pulang wahai ayahbonda.

Semua kerja sudah tak keruan jadinya. Demotivated!!! . Aku masih punyai ibu, so, apa jua masalah boleh bercerita dan rujuk mak di kampung, tp apa jadik pada orang yang sudah kehilangan mak ??contoh terdekat suamiku sendiri, mesti menitis air mata setiap kali rindu itu datang...sob sob sob,actually aku sgt kesian dan sedih dan sebak hati ini bila terkenangkan arwah mak mertua aku nie,dulu arwah rajin datang umah kami,bila dia teringat cucu dia mesti smpi laa ke umah kami. Tapi sekarang?? huhuhu, tiada siapa lagik tempat suamiku bercerita duka laranya, dulu arwah mak laa tempat dia mengadu nasib, sekarang? aku yang masih ada mak perlu dan harus bersyukur dan menghargai masa yang ada bersama mak yang tersayang... 

Monday, May 9, 2011

Mati kerana sakit PERUT


Walaupun sakit perut kita rasa merupakan sakit biasa tetapi jika yang sakit hdapinya dengan redha dan sabar hingga membawa kepada kematian, maka matinya di kira mati syahid atau mati husnul khatimah.

Terdapat hadis yang menegaskan akan hal ini yang membawa maksud :

"Barangsiapa yang mati sakit perut, maka matinya dikira mati syahid."
(Riwayat Muslim)

Alfatihah buat allayarhamah Mak mertuaku Nurimah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 13.12.2010.Semoga arwah tenang di sana serta berada di dalam golongan para syurgawi. 

Hablumminannas, hablumminAllah


Bersegeralah dan senantiasalah kita berhubungan baik antara manusia apatah lagi berlebih lebihan lagi terhadap Allah S.W.T Insyaallah kita akan selalu mendapat keredaan Allah Taala



Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Seseorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (kepada musuh), barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya nescaya Allah akan menunaikan hajatnya, dan barangsiapa yang menghilangkan daripada seorang Muslim satu kesusahan nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat kelak, dan barangsiapa yang menyembunyikan (keaiban) seorang muslim nescaya Allah akan menyembunyikan (keaibannya) pada hari kiamat.” – Riwayat Bukhori dan Muslim


Dikir: Pesan Mok..

Besh jugopp kalo layan dikir petang2 nie...

http://www.youtube.com/watch?v=D0k5k7ESTuk


Lirik :-
ingat sokmo hok mak pesan
nak nak kali ambo nak turun jalan
jange lupa ke tuhan
kita ore islam takleh tinggal semayang
ingat sokmo hok mok pesan
walau jauh dok tempat ore
jange lupo kampung laman
worih waroh di kelate
tokleh sombong nge ore
pesan ibu bapak
ambo tak lupa
pesan ibu bapak
ingat pah bilo bilo
pesan turun pulok
royat wi ke anok ambo
kita harta tadok
pesanan jadi pusako
ingat sokmo hok mok pesan
kita susah jange tumpang ore
tak sah pinje berhutang
kalu dey banyok hutang
kita payah nak senang
hok mok pesan hari hari
pandai pandai jaga diri sediri
balah cekoh jange cari
tepat susah jange pergi
ore khenak kena lari
maso kito kaya
ramai lah saing sahabat
dey tadok gapo sekaro
kucing pun tak dok dekat
masa sene lego
rama lah kaum kerabat
dey tadok gapo sekaro
lalat pun toksey hinggap
ingat lagi hok mok kato
hati hati dale wat kiro caro
lidoh maruah kito
hati ore kena jago
tak baik ngupat mengata
hok mok pesan hari hari
kita kena kenal diri sendiri
mana asal kita mari
pah mana kita nak gi
baik baik jaga diri
ingat sokmo hok mok pesan
walau jauh dok tempat ore
jange lupo kampung laman
worih waroh di kelate
tokleh sombong nge ore
pesanan mak ambo
ikhlas darinya hati
pesan ke anak dia
sejak mula sampai la ni
ingat sokmo hok mak pesan
nak nak kali ambo nak turun jalan
jange lupa ke tuhan
kita ore islam takleh tinggal semayang
ingat sokmo hok mok pesann..
ingat sokmo hok mo duduk pesan..
ingat sokmo hok mok pesann..

Kain untuk dijual!

Last saturday, k ina n me going to Jalan TAR. Bought some pieces of 'kain n tudung' for our small bussines.
My beloved hubby support me on that day. Really appreciated him for the time he spent!.We went together with the kids. Poor them, very hot day n the time was 12 pm-2pm.

Sampai umah teruss tido!!huhuhu..semua kepenatan!


Wednesday, May 4, 2011

Besday Gurls!!

Any ideas what to do on my LIL dotter and my besday?
Wan Irdina Zahirah Bt Adiratna Wira is turning 2 this coming 15 May 2011. 
Insyallah we will attending kiddie fotolab/ photoshot at Damansara on 14 May 2011 at 11am.


RM47 instead of RM315 for Baby/Kids Studio Portrait Package: 1 HOUR Studio Photography + Three 5"x7" Portrait Prints & One 8" x 10" Family Portrait Prints + Soft copies of chosen prints + Costume / Hairdo / Basic Makeup at Kiddie Fotolab, Kota Damansara [85% OFF

]

Wan Fatmasuriati Yahya is turning 30 this coming 19 May 2011.
( Do not what should i plan )
May be this good for me rite?huhuhu






RM68 instead of RM1080 for Full Body Lightening + Jacuzzi + Herbal Ball Back & Neck Massage for TWO PEOPLE and RM300 Service or Product Voucher at Beauty Face, Wisma UOA II [94% OFF]


May this photoshot will be a great moment for her!and May my day will be greatest day!!insyallah

Pasrah pada ketentuan Ilahi

Diognosis!

What happen to me?
Why this happen to me?
When this happen to me?
How this happen to  me?
Why this happen to me?

Because Allah is always with me, Allah is caring about me, Allah is Loving me.

Bersyukur ke atas apa jua ketentuan Illahi.Semoga diriku tenang menghadapi segala ujian serta rintangan!Insyallah.




Friday, April 22, 2011

Contohi Rasul Kita.


Di sebalik kehidupan Insan bernama “Muhammad”..

Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

Beliau juga memerah susu kambing
untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah,
bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah,
beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan,
beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.”
untuk membantu isterinya di dapur.

Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
“Belum ada sarapan ya Khumaira?”
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)

Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
“Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”
Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini.”
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda,
“sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai
ketua keluarga.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar”
“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit…”
desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut,
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan
di sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar
bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat
yang dikencingi si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw
menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,
ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka,
seluas-luasnya untuk baginda,
baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah,
hingga pernah baginda terjatuh,
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fisiknya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,
“Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak,
“Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Wednesday, March 23, 2011

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT~




Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?
Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??

Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

Tuesday, March 22, 2011

Sedih berganda

Sebenarnya aku tak pasti apa perasaan yang sedang melanda diriku ini semenjak 2 menjak  nie, perasaan yang gundah gulana, hati cepat panas, cepat berprasangka tak baik...apakah ini tanda2 org yang sedang dilanda kekecewaan?Pada siapa harus aku bercakap, pada siapakah harus ku luahkan perasaan ini? Aku perlukan bantuan sahabat-sahabatku.Kepada en hubby mungkin tidak....kerana dia sendiri punyai masalah tersendiri.Genap 100 hari arwah mak mertua ku telah kembali ke rahmatullah. Banyak sangat dugaan yang suami ku terpaksa harungi. Semoga dia lebih tabah dalam menghadapi ujian dari Nya.

Perasaan mahu bersendirian sudah lama aku idamkan.Namun apakan daya, tugasan sebagai seorang ibu, isteri serta pekerja terlalu mengikat utk aku terus berkhidmat. Aku cuma perlukan percutian agaknya kan?Bilakah?Dimanakah?Bagaimanakah keadaan anak2ku dikala aku tiada disisi utk menyiapkan mereka?Atoooiiii...poning kepalo den nie haa.

Semoga Allah sentiasa memberikan aku ketenangan dalam apa jua perjuangan yang aku harungi. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kehidupan kami.Semoga aku diberikan kekuatan serta kesabaran dalam mengharungi kehidupan yang penuh ranjau duri ini.




Friday, February 18, 2011

Muiz jatuh katil!!

Selalunya pepagi muiz bangun tanpa nangis, perkara yang dia selalu buat ialah pandang siling pandang itu pandang ini , pendek kata, dia sangat ok.Cool boy!so tak ada laa kalut sangat Umi pepagi nak bersiap. Tapi pagi nie, masa Umi tengah mandi dengar suara dia memain, 1 minit pas tue dengar suara dia menangis sekuat hati dia!!...dalam hati, naper laa pulak anak umi nie menangis tetiba kan..Umi bukak aje pintu bilik air, tgk2 Muiz dah ada depan pintu bilik air.Mu'iz jatuh katil !!!aduyaii, kkuusss semangat umi!!umi terus dukung Mu'iz peluk dia erat2, menangis sampi air mata Mu'iz meleleh, kesiannnn anak Umi nie..umi yang cuai nak, sori ye...Umi lupa yang anak umi dah makin hari makin besar, makin hari makin lasak... Lagik 2 hari Mu'iz dah nak masuk 5 bulan. Nak celebrate ke ek?huhuhuhu

Kat bawah nie ada satu doa utk kita amalkan.Semoga hari2 kita dipermudahkan segala2nya.Amin.


Wednesday, February 16, 2011

Aktiviti 2011

Badminton tahun 2011 bermula dengan langkah pertamaSetelah sekian lama aku tak turun main badminton, akhirnya dapat juga aku melepaskan kegianan aku utk memukul shuttle!!Release rasanye!!Walaupon sempat main utk satu set je,dengan kasut kegemaran aku yang dah koyak coz dah lama tak pakai, namun aku dah rasa berbaloi...coz anak2 dah mula nangis.huhuhuhu.Mu'iz n Kakak ikut skali g main.Ini boleh dikira aktiviti keluarga la,tapi yang dapat joinnya cuma Aus n Linda aje,yang lelain tak dapat join, ada hal lain.Kredit to Aus and Linda coz g tempah court n merealisasikan impian akak utk main badminton kembali..huhuhu.Tak pe next time kita arrange lain. Nasib baik si Wan bawak geng2 dia, so..ada laa jugak geng nak separing!hehehe. 

Tempat:Sg.Chua berdekatan HUGO
Rate: RM22/hour,
Jam :10mlam-12mlm
Tarikh: 14 Februari 2011

Next time boleh main lagik!yeayy!!

Tuesday, February 1, 2011

Just For Fun Okeh!

Dear my frens,

Let's share this!

Commandments 1

Marriages are made in heaven.

But then again, so is thunder and lightning.



Commandment 2

If you want your wife to listen and pay strict attention to every word you say,

Talk in your sleep.



Commandment 3

Marriage is grand -- and divorce is at least a 100 grand!



Commandment 4

Married life is very frustrating.

In the first year of marriage, the man speaks and the woman listens.

In the second year, the woman speaks and the man listens.

In the third year, they both speak and the neighbours listen.



Commandment 5

When a man opens the door of his car for his wife, you can be sure of one thing:

Either the car is new or the wife is.



Commandment 6

Marriage is when a man and woman become as one;

The trouble starts when they try to decide which one.



Commandment 7

Before marriage, a man will lie awake all night thinking about something you said .

After marriage, he will fall asleep before you finish.



Commandment 8

Every man wants a wife who is beautiful, understanding, economical, and a good cook.

But the law allows only one wife.



Commandment 9

Marriage and love are purely a matter of chemistry.

That is why one treats the other like toxic waste.



Commandment 10

A man is incomplete until he is married. After that, he is finished.



BONUS COMMANDMENT STORY

A long married couple came upon a wishing well. The wife leaned over, made a wish and threw in a penny.

The husband decided to make a wish too. But he leaned over too much, fell into the well, and drowned.

The wife was stunned for a moment, but then
'It really works!'

Suamiku memasak sempena Hari Wilayah Persekutuan

Seawal pagi Muiz bangun seperti sedia kala,cumanya suhu badan dia agak suam2 sket.Harap2 tak laa demam. Bila aku bukak lampu tgk2 penuh bintik2 merah di pipi muiz.aduyaiii!!nyamuk menyerang muiz sepanjang malam tanpa aku sedari. Hati mula risau kot2 nnt terkena mcm kakak dia, DENGGI!Nauzubillah, mintak jauh laa.Tak sanggup nak hadapi kiranya Muiz terkena serangan nyamuk keramat itu.Huhuhuhu...

En.hubby@di cuti hari nie bersempena hari wilayah. So, untuk mengisi masa lapangnya dia sudi merajinkan diri memasak utk aku. Hehehe..sudah lama e.hubby tak turun ke dapur masak utk kami.Dulu dia amat rajin masak utk kami kiranya aku tak sempat nak masak.Tp, semenjak dua menjak nie dia selalu outstation..so, kuranglaa masa dia utk bersama dan memasak utk kami.

Aku balik tengahari tgk rumah "is under construction" dlm kata lain, en hubby mengemas rumah bagai.Hmm...sejuk hati nengok umah dikemas buah hati. Lalalalalala...bebunga hati coz balik umah petang nnt dah tersedia berkemas.

Thursday, January 27, 2011

"1Hari 1 Blog"

Mcm mana upgrade blog aku nie mcm org lain punya?? Perlukah aku attend kelas buat blog?atau mencari kengkawan yang sudah lama menapak dlm dunia blog??

Langkah 1000 bermula dari langkah pertama.So, apa yang perlu saya buat adalah melawat blog semua orang. Saya akan cuba buat belajar dari semua otai2 blogger nie. Saya akan cuba pastikan setiap hari saya akan menjejaki blog otai2. Dengan kata lain, "1 Hari 1 Blog".Hari nie saya dah follow blog Ain.

Monday, January 24, 2011

Kembali berblog di Tahun 2011

Setelah sekian lama saya tidak mengaktifkan diri, akhirnya berjaya memboloskan diri untuk berjinak-jinak semula di alam maya ini. Tqvm to Tuan Din coz sudi memberikan semangat utk saya berblog semula.

Tiada apa yang menarik..JUST WANNA WISH TO MYSELF "HAPPY BLOGGING FOR YEAR 2011"