Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

BILA MEREKA SEDANG NYENYAK TIDUR

Bila anda melihat wajah anak-anak anda semasa mereka senang nyenyak tidur, apakah perasaan yang paling kuat di hati anda?
Sangat mendalamkan perasaan itu?
Mampukan umi dan ayah mendidik anugerah dan amanah yang terindah ini sayangkan dan cintakan PENCIPTANYA?
Mampukah anak-anak ini menghadapi kehidupan yang penuh dengan ujian dengan cabaran ini dengan rasa bersyukur dan redha?
Mampukah anak-anak ini menghadapi saat-saat kematiannya dalam keadaan HUsnul Khotimah?
Mampukah kami sebagai ibu bapa membimbing mereka agar sentiasa sayangkan dan cintakan Allah s.w.t dan Rasulnya.
Mampukah kami bimbing mereka untuk menjadi anak dan ahli syurga?

Sewaktu tidur inshallah kita bisikkan ketelinga mereka agar mereka sentiasa sayangkan Allah s.w.t NO.1.

Mudah-mudahan anak-anak umi dan ayah ini menjadi penghuni syurga bersama umi dan ayah ya. Inshallah.
Umi dan ayah sayang sangat-sangat.

Jika umi dan ayah sentiasa memarahi kalian semua,
Ampunilah kami,
Kami perlu mendidik kalian agar menjadi anak yang berguna pada ibu bapa, agama dan bangsa dan nergara suatu hari nanti.


Saturday, April 5, 2014

Program Ombak Rindu Siri 1/2012

Assalamualaikum w.b.t,

Sudah lama aku nak update ilmu yang aku perolehi semasa aku attend 'Program Ombak Rindu' anjuran pejabat suamiku.Banyak benda nak dikongsikan bersama, jenuh nak menaip nie.Actually 4 April 2012 (Rabu) aku amek cuti for the purposely this program.Just for fun and get much experience in our marriage.Biasala kan....bila dh nak masuk 4 tahun nie, banyak pancaroba yang telah kami lalui bersama,so..to re aligned balik kita perlu laa ke program2 macam nie.

Talk yang diberikan sangat menarik memandangkan speaker dia memang orang lama, yang paling aku suka Ustazah Zawiah dan Pak Din Sayang. Semoga mereka ini sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya serta dipanjangkan umur mereka.

Slot Pertama: Empang Pecah
Slot Kedua: Penghargaan & Penerimaan
Slot ini menceritakan tentang bagaimana kita mahu membina keluarga bahagia.Terdapat 3 tahap utk kita semua kuasai.

Tahap 1     :  Penyesuaian dari segi minat, pakaian, makan serta lain-lain.
Tahap 11   :  Persamaan, Penghargaan dan penerimaan.
Tahap 111 :  Permuafakatan, instinct.


Wednesday, July 6, 2011

2 beradik bergelak tawa dengan riangnya....

Setiap malam, aktiviti sebelum mereka tido adalah bergelak ketawa.
Aktiviti mereka nie sentiasa membuatkan hati umi sentiasa bahagia.Sangat bahagia!
Malam tadi kakak tgk video masa umur dia hampir setahun.Video tue dia baru boleh berjalan,
suka sangat depa dua orang nie nengok video itu.Kalo sorang gelak, sorang lagik pon mesti ikut gelak.
Walhal masa tue Mu'iz masa tue memang dah mamai nak tito! Dia tahan jugak mata kuyu nya melayan kerenah kakaknya.

Kakak semenjak seminggu dua nie memang suka jerit2 bila dia dalam keadaan happy!
Jerit nama ayah dia kuat2 ... jerit nama adik izz kuat2!!Begitulah kerenah anak2 ku kini.
Gelagat mereka setiap hari memang mencuit hati umi.




Wednesday, June 29, 2011

Setiap kali Muiz nanges

Kakak sudah pandai memujuk adiknya bila nanges.Bagus!!satu perkembangan yang baik. Setiap kali aku tinggalkan muiz kat memana laa, mesti aku pesan ngan kakak dia...."kakak, tengokkan muiz ok ye kakak...."so, secara otomatiknya kakak akan terus tgk adik..so sweet my lil dotter!

Pagi tadi muiz n kakak bangun seawal 5 pagi. Dah hampir 2 minggu dah dorang nie asyik bangun kol 4 5 pagi..Hmm..training utk bangun sahur agaknya nie.Tak ngapa lah, bagus jugak dorang nie bangun awal..cumanya, uminya laa yang ngantuk..huhuhu.