Tuesday, July 12, 2011

Apa yang kurasakan!

Jika kita kehilangan insan yang teramat kita sayang.Apakah yang harus kita buat?apakah kesan pada kehidupan kita yang akan mendatang?Haruskah kita meratapi?Haruskah kita tangisi?

Tidak terjangkau oleh pemikiranku bagaimanakah kehilangan seorang insan yang kita sayangi terutamanya insan yang bernama BONDA. Tidak terjangkau oleh perasaanku bagaimana kanak-kanak yang masih kecil kehilangan seorang ibu@ummi@mak@mama n etc.Pasti mereka tercari-cari dimana bonda mereka pergi.KEHILANGAN YANG TIADA PULANGNYA.Mesti mereka masih belum mengerti sepenuhnya akan erti sebuah kehilangan.

Tapi bagaimana pula dengan insan yang sudah menjangkau umur 7thn dan keatas yang sudah mengerti akan sebuah kehilangan serta kematian?Pastinya air mata yang sentiasa menemani kehidupan mereka kan?.Kita yang tak pernah kehilangan pasti tidak pernah merasai perasaan pilu, hiba, sebak atau yang seangkatan dengannya.

Begitulah juga cerita yang akan aku cuba sampaikan:

Satu hari ketika aku sedang memandu kereta, tetiba telefonku berbunyi, satu SMS masuk:

 ADIK: "Kak...adk nak mak"

 DeQmA( kakak ipar): " Sabala dik...bykkan baca quran, ada big problem ke dik?

ADIK: Adk nk ikot mak ...adk nk ikot mak...adk nak mak adk balik...(tetiba hatiku terus sebak, air mata laju aje mengalir)

DeQmA : Janganla mcm nie.Sedih akak.

ADIK: Adik btl2 nk adk blk...adk nk ikot mak

DeQmA: (terkedu dgn kata2 adik, tidak terjangkau oleh hati kecil ini tentang rasa itu...aku cuma mampu terdiam...menunggu kata2 hati adik keluar, saja aku biarkan ..kerana aku juga sngat sebak...smbil memandu air matalu mengalir..nasib baiklaa dalam kete..aku layan aje air mata ini mengalir...)huhuhuhukalo ada org mesti aku tahan nanges!)

ADIK: Mak x sygkan adk kn..?sbb 2 mak tinggalkan adk..kalo mak syg. mak x kn tgglkan adk..mk mst ckp dgn adk wk2 mak skt dulu.

DeQmA: Allah lebh sygkan mak dik..bykkan besabar ye..(Itu aje yang mampu aku ucap:sedih beb!)

ADIK: Kenapa Dia amek mak adk...knp

DeQmA: Jangan ckp mcm tue dik.Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah.(Aku tercari2, apakah ayat memujuk terbaek utk adik tidak terus menyalahkan takdir)

ADIK: X...adk lg sygkan  mak... Mak x kn pergi ...mak x kan pegi kalo adk bwk mak g klinik awal2 lg...
Adik benci dgn diri adk...adk perlukan mak....

DeQmA: Semua orang perlukan mak dik, percayala, semua diantara kita sama mcm adik, tp kami semua kena tabah dan sabar. (Actually,aku selalu gak perasan akan kesedihan serta kepiluan yang suamiku tanggung, cuma bezanya dia tak luahkan...cuma kekadang...dia mengesat perlahan2 air mata, tak nak aku perasan agaknya, walhal...aku pon bila dia sedih bila aku ternmpk adengan itu, ku perhatikan dari jauh aje...hatiku juga menangis)

ADIK: Adk xkuat..adk nk mak adk..adk kt tepeng...adk xnk blk penang...adk nk ddk dgn mak kt umah ni..

DeQmA: Adk tk de kelas? Balik laa penang

ADIK: Adik x nk..adk nak mak jgk.

DeQmA: Jgnla mcm nie, blaja penting dik.Itukan harapan mak nak adik jadi nurse, tunaikanlah...

ADIK: X.....mak da xsygkan adk...mak da x perlukan adk..utk apa adk buat sume tue...sumpah  x lame lg adk akan gila..tekanan jiwa sgt2..

DeQmA: Bawak mengucap bebanyak dik...(aku dah cuak dah actually! dia sudah out of control)

ADIK: Mak mmg d x sygkan adk...sume org x sygkan adk...adk jahat..sbb 2 sume owg nk pergi dari idop adk...

DeQmA: Sume org sygkan adik.Jgnla ckp mcm tue...

ADIK: x...kalo syg..sume owg tk kan pergi...

DeQmA: So, hargailah org dikeliling kita. Insyallah akan terisi kekosongan .(Betul ke hah nasihat aku tue?aku tak tau dah mcm mana nak pujuk adik)

ADIK: Hargaii...?diri adk sendiri pon adk benci mcm mana nak hargai org laen,..sumber kekuatan adik pon da pergi... kt mana adk nk bergantung lagi...

DeQmA: (huhuhu....it's really makes me cried!!!) Nasib baik laa bukan kat opis...nasib kat site..boleh laa aku cover2 air mata nie..)

ADIK: Adk bt sume 2 kak..tp benci diri adk sendiri...adk x mampu jd yg terbaek.

DeQmA: Jangan menci diri sendiri dik, Dekatkan diri dengan Allah. Insyallah tenang.Tak pe dik, Allah Maha Mendengar Rintihan HambaNYA.

ADIK: Tp. knp Allah x dengar masa adk mintak mak sembuh...kenapa kak...kenapa sume nie jd. kat adik...

DeQmA: (aku terus terkedu...tak mampu nak cakap apa2 lagi, kerana aku sngt sebak dan sedih sesgt...aku tak mampu nk teman dia menangis bersama2 kerana kami jauh...KL-Tepeng..kalo dekat insyallah aku akan cuba tenangkan dia..huhuhu) aku biarkan SMS tergantung mcm tue...
 

Sedikit kisah aku utk aku kongsikan hari ini. Aku juga tidak pernah terbayang utk hidup tanpa mak mertua dlm masa terdekat, kerana aku tahu, suamiku amat menyayangi arwah maknya. Setiap kali arwah mak datang..aku perasan, suamiku sgt girang dan ceria!!Tapi, sekarang hidup dia kelihatan agak hambar...agak suram....tiada lagi keceriaan!!tp, apa yang pasti, mereka tetap meneruskan hidup ini biar pon tanpa idola  seperti sediakala.Hidup perlu terus utk org2 yng masih ada. Menghargai setiap insan yng masih hidup.

Tidak terjangkau dek pemikiranku kiranya JIKA aku kehilangan mak!Pastinya kosong...seperti sebuah kotak kosong....!!!Namun, memang janji Allah perlu kita akui.Yang hidup pastinya akan mati.

Tarikh arwah Nurimah Mohd Ali  meninggal: 13 Disember 2010.
Alfatihah.

7 comments:

  1. salam..

    kehilangan org tersayang sangat memeritkan...tapi sebagai hambaNya yg taat..kita perlu redha..sabar dengan ujianNya..

    *folo ur blog,

    ReplyDelete
  2. wasalam sekamar rindu,

    Saya sangat bersetuju dengan awak..cumanya utk menangani saat2 ini sgtlah getir...

    i folo u too.!

    ReplyDelete
  3. Cam ne sekarang... adik ipar DeQmA dah boleh menerima ketentuan Ilahi.

    ReplyDelete
  4. entry yang ade pengajaran
    Kalau free jemput singgah ke blog saya.
    your comments are most welcomed.
    http://fahmiefiras.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. man: dia masih belum boleh terima sepenuhnya akan ketiadaan mak..saya masih mencari jalan utk dia terus kuat hadapi semuanya.

    Fahmi:tqvm fahmi kerana sudi singgah di blog saya.. i will visiting you k. thanks!

    ReplyDelete
  6. erm... sabar dlm setiap dugaan,,, igt balik ayat 3:139... sila cari.. Allah memujuk hti kte...

    ReplyDelete
  7. azam:sabar adalah yang terbaik..cuma she's still young. Dia perlukan mak utk bermanja dan bergantung harap...kita tak pasti apa rasa dia.

    Niena: thanks dear. Noted.

    ReplyDelete