Tuesday, February 1, 2011

Suamiku memasak sempena Hari Wilayah Persekutuan

Seawal pagi Muiz bangun seperti sedia kala,cumanya suhu badan dia agak suam2 sket.Harap2 tak laa demam. Bila aku bukak lampu tgk2 penuh bintik2 merah di pipi muiz.aduyaiii!!nyamuk menyerang muiz sepanjang malam tanpa aku sedari. Hati mula risau kot2 nnt terkena mcm kakak dia, DENGGI!Nauzubillah, mintak jauh laa.Tak sanggup nak hadapi kiranya Muiz terkena serangan nyamuk keramat itu.Huhuhuhu...

En.hubby@di cuti hari nie bersempena hari wilayah. So, untuk mengisi masa lapangnya dia sudi merajinkan diri memasak utk aku. Hehehe..sudah lama e.hubby tak turun ke dapur masak utk kami.Dulu dia amat rajin masak utk kami kiranya aku tak sempat nak masak.Tp, semenjak dua menjak nie dia selalu outstation..so, kuranglaa masa dia utk bersama dan memasak utk kami.

Aku balik tengahari tgk rumah "is under construction" dlm kata lain, en hubby mengemas rumah bagai.Hmm...sejuk hati nengok umah dikemas buah hati. Lalalalalala...bebunga hati coz balik umah petang nnt dah tersedia berkemas.

2 comments: