Setelah puas aku memujuk suamiku pulang ke kampung, akhirnya dia mengalah juga...alhamdulillah, ucapan yg tidak terluah olehku.Jauh disudut hatiku, aku amat berterima kasih kepada suamiku kerana sanggup mengalah buat kesekian kalinya.
Kami pulang ke kampung jam 10.00 mlm selepas selesai berbuka puasa. Zahirah seronok menikmati cahaya di sepanjang perjalanan. Seronok sungguh melihat gelagat permata hatiku. Semuanya berlaku tanpa di rancang. Kami singgah bersahur di rumah mertua kakak ku di Merapoh. Kami sampai jam 3.00 pagi. Zahirah disambut oleh Mummy nya seolah2 sudah lama tidak bertemu.
Kami menyambung perjalanan pulang ke kampung pada am 8.00 pagi.Zahirah tido sepanjang perjalanan.Sampai aje di kampung, Zahirah terus di gomoi nenek dan ucu nya..huhuhuhuuh...sume melepaskan rindu pada ZahiraH.
Alhamdullillah....semoga pertemuan ini membawa seribu erti buat nenda dan cucunda.
Terima kasih tidak terhingga kepada suami tersayang kerana memahami isi hati ini.I love you.
No comments:
Post a Comment