Tuesday, September 8, 2009

Magic English Box

Salam, hari sabtu itu hari kami keluar jejalan, niat dihati mahu menncari baju raya si comelku, namun tidak kesampaian.Sebabnya, Zahirah menangis2.huhuhu, semenjak dua menjak nie, dia tak sihat sangat, batuk, selsema n mcm nak demam tapi tak demam. Itu yang sesampai aje Jaya Jusco Taman Equine saya terus menuju ke Baby Room.

Tapi sebelum sampai ke Baby Room, saya di sapa oleh seseorang IndianGirl, yang sedang melilau mencari customer untuk product yang dia jual. Zahirah dicuit, katanya " So cute your baby haa...what is her name?" I said, tq tq, Wan Irdina Zahirah"...

Ummi dah tertarik dengan cara dia men"tackle" perhatian Zahirah, hanya dengan CD kartun yang digunakan sebagai tools utk mengajar baby ku. Aduss, Ummi sgt tertarik dengan Magic English Box nie. Hmm..ayah pulak tak ada kat sebelah nie..huhuhu..mana laa ayah hilang nie.

Cerita punya cerita, ayah sampai and dia tengok sikit2 apa yg sedang ummi intrested kan tue. Ummi tanya ayah, boleh ke kalo nak belikan utk Zahirah? Dia kata ok! So, ummi pon apa lagik, terus isi borang laa.. hahaha..sonotnya, pas nie Zahirah leh tonton TV smpi habis CD Magic English tue.Ummi happy sngt today walaupon tak dapat membeli belah utk raya. Hihihihi..

Habis shopping kat JJ, kami menuju ke Pasar Borong Selangor, kami borong pokok bunga utk Taman Mini Ayah.Alhamdulillah,at least ade jugak barang yg Ummi beli akhirnya.

Wednesday, September 2, 2009

Zahirah mengalami selsema dan batuk semalam. Kesian dia.Cuti merdeka itu hari, kami pulang ke kampung, itu yang dia selsema dan batuk tue. Lama sangat tue dok dlm kereta.Kejap sejuk kejap panas.

Walaupun Zahirah selsema dan batuk, dia tak byk ragam.. sekadar merengek sikit2.Untuk minggu nie, MIL aku yang jaga Zahirah, sementara opah pulang ke kampung. Harap2 Zahirah tak banyak ragam masa duduk ngan Wan dia.Risau juga hati ini, kalo-kalo Zahirah menangis tak benti ke, lain pulak jadik nya nanti.

Si comelku jumpa doktor malam tadi, dia tengok doktor tue tak berkedip...sonot sungguh tgk doktor, tak nangis pulak tue, huhuhu...ayah dia siap ckp lagik, Zahirah nak ngorat doktor tue.ngeh..ngeh..ngeh..

Tuesday, September 1, 2009

Nenda bertemu cucunda..Bahagia itu bertandang lagi.

Akhirnya berakhir sebuah penantian seorang nenda.

Setelah puas aku memujuk suamiku pulang ke kampung, akhirnya dia mengalah juga...alhamdulillah, ucapan yg tidak terluah olehku.Jauh disudut hatiku, aku amat berterima kasih kepada suamiku kerana sanggup mengalah buat kesekian kalinya.

Kami pulang ke kampung jam 10.00 mlm selepas selesai berbuka puasa. Zahirah seronok menikmati cahaya di sepanjang perjalanan. Seronok sungguh melihat gelagat permata hatiku. Semuanya berlaku tanpa di rancang. Kami singgah bersahur di rumah mertua kakak ku di Merapoh. Kami sampai jam 3.00 pagi. Zahirah disambut oleh Mummy nya seolah2 sudah lama tidak bertemu.

Kami menyambung perjalanan pulang ke kampung pada am 8.00 pagi.Zahirah tido sepanjang perjalanan.Sampai aje di kampung, Zahirah terus di gomoi nenek dan ucu nya..huhuhuhuuh...sume melepaskan rindu pada ZahiraH.

Alhamdullillah....semoga pertemuan ini membawa seribu erti buat nenda dan cucunda.
Terima kasih tidak terhingga kepada suami tersayang kerana memahami isi hati ini.I love you.

Thursday, August 27, 2009

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga hari ini akan lebih bermakna dan diberkati oleh Nya. Seawal pagi sesudah be

Wednesday, August 26, 2009

Aura life Perfume

Salam,

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Untuk Semua Umat Islam.
Akhirnya berjaya juga akhirnya saya memiliki satu blogspot.Alhamdulillah.