Tuesday, July 19, 2011

WIZ di Family Day HICE 2010

 Hehehe...lawa tak rambutku? Masa nie kakak dah masuk setahun sebulan. Masa nie Family Day HICE 2010. Walaupon daaa terlambat, tapi umi nak jugak interpreme kan gambar-gambar nie sume utk kenang-kenangan kakak di masa akan datang. Kalo kakak tgk nie mesti dia suka. Kakak memang suka tgk gambar2 dia.. hehehehe..
 Muka kakak masam aje.Masa nie dia tak nak makan...nak jalan aje keje nya.Yela baru baru dapat kaki..so, ecxited laa dia nak pusing2. Masa nie sume org tgh duk breakfast. Chommeey laa kakak wat muka cam tue!!hehehe

Bergambar di Masjid Kristal, Terengganu. Masa nie umi pregnant Muiz (almost 5 months). 


Ahli keluarga HICE 2010.


 Ini depan kedai Cenderahati Masjid Kristal 


 Ini acara paling menarik untuk warga HICE!Naik bot utk ke Pulau Redang utk acara mencandat sotong. Kakak sampai tertido penangan angin laut.


Kakak excited first time naik bot dan mencandat sotong!!Same goes to umi. First time candat sotong. 


Ini laa kemuncak mencandat, kakak sudaaa keletihan.Dah laa bot bergoyang2...sangat menguji kekuatan mental dan fizikal. Masa nie ayah naik bot lain, kami naik bot lain. Ayah denga intention nak memancing after mencandat! Tapi, ghupenya mereka sudah flat (mabuk laut) seawalnya...hehehe..kelakar laa pulak bila dengar citer2 org lelaki mabuk!hehehe


Ini auntie Mar.Student praktikal HICE 2010. She's really sweet. 

WIZ bersama Pak Abang ke Alamanda.


Ini auntie tiqah, kawan umi masa umi keje di UiTM dulu. Kenal masa dia tengah buat praktikal kat Bahagian Kaunseling, UiTM. Tapi skang nie dia keje kat UKM. Dan yang pasti boleh kawen dah pon!!hehehe.Yang pegang kakak tue adalah pak abang. Ghupenya dorang nie adalah kawan kelas masa kat Tepang dulu. Sekolah apa kurang pasti.

Yang dukung kakak tue ialah Cik Ili, tunang Pak Abang.Hari ini hari Sabtu, saje je Pak Abang bawak kakak g Alamanda. Since dia kata nak temankan tunangnya lunch. Anyway, thanks to Pak Abang n Cik Ili coz sudi entertained kakak today. Thanks for Burger King N Famous Amos n CD's song. 

WIZ n En. Hubby di Arsenal VS Malaysia


Waaahhh!!First time kakak with ayah ke Stadium Bukit Jalil.Watched friendly game between Arsenal VS Malaysia. (13 Julai 2011) 
 Kakak n Ayah.Kakak sokong Arsenal?Ayah tetap 
    sokong Malaysia walaupon 
Msia kalah (0-4) ...huhuhuhu..semangat kenegaraan!!
En.Hubby aku nie actually peminat Liverpool, 
tapi disebabkan  oleh tickets free yang disponsor oleh ex boss dia, so
    dia tetap pegi utk kenalkan kakak pada stadium!


Senyum lebar kakak!!! Sambil tgk bola makan nugget. 
   Happy meal yang disponsor!


Kakak with Cik Ili, Cik Ya n Pak Abang. 

Tuesday, July 12, 2011

Apa yang kurasakan!

Jika kita kehilangan insan yang teramat kita sayang.Apakah yang harus kita buat?apakah kesan pada kehidupan kita yang akan mendatang?Haruskah kita meratapi?Haruskah kita tangisi?

Tidak terjangkau oleh pemikiranku bagaimanakah kehilangan seorang insan yang kita sayangi terutamanya insan yang bernama BONDA. Tidak terjangkau oleh perasaanku bagaimana kanak-kanak yang masih kecil kehilangan seorang ibu@ummi@mak@mama n etc.Pasti mereka tercari-cari dimana bonda mereka pergi.KEHILANGAN YANG TIADA PULANGNYA.Mesti mereka masih belum mengerti sepenuhnya akan erti sebuah kehilangan.

Tapi bagaimana pula dengan insan yang sudah menjangkau umur 7thn dan keatas yang sudah mengerti akan sebuah kehilangan serta kematian?Pastinya air mata yang sentiasa menemani kehidupan mereka kan?.Kita yang tak pernah kehilangan pasti tidak pernah merasai perasaan pilu, hiba, sebak atau yang seangkatan dengannya.

Begitulah juga cerita yang akan aku cuba sampaikan:

Satu hari ketika aku sedang memandu kereta, tetiba telefonku berbunyi, satu SMS masuk:

 ADIK: "Kak...adk nak mak"

 DeQmA( kakak ipar): " Sabala dik...bykkan baca quran, ada big problem ke dik?

ADIK: Adk nk ikot mak ...adk nk ikot mak...adk nak mak adk balik...(tetiba hatiku terus sebak, air mata laju aje mengalir)

DeQmA : Janganla mcm nie.Sedih akak.

ADIK: Adik btl2 nk adk blk...adk nk ikot mak

DeQmA: (terkedu dgn kata2 adik, tidak terjangkau oleh hati kecil ini tentang rasa itu...aku cuma mampu terdiam...menunggu kata2 hati adik keluar, saja aku biarkan ..kerana aku juga sngat sebak...smbil memandu air matalu mengalir..nasib baiklaa dalam kete..aku layan aje air mata ini mengalir...)huhuhuhukalo ada org mesti aku tahan nanges!)

ADIK: Mak x sygkan adk kn..?sbb 2 mak tinggalkan adk..kalo mak syg. mak x kn tgglkan adk..mk mst ckp dgn adk wk2 mak skt dulu.

DeQmA: Allah lebh sygkan mak dik..bykkan besabar ye..(Itu aje yang mampu aku ucap:sedih beb!)

ADIK: Kenapa Dia amek mak adk...knp

DeQmA: Jangan ckp mcm tue dik.Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah.(Aku tercari2, apakah ayat memujuk terbaek utk adik tidak terus menyalahkan takdir)

ADIK: X...adk lg sygkan  mak... Mak x kn pergi ...mak x kan pegi kalo adk bwk mak g klinik awal2 lg...
Adik benci dgn diri adk...adk perlukan mak....

DeQmA: Semua orang perlukan mak dik, percayala, semua diantara kita sama mcm adik, tp kami semua kena tabah dan sabar. (Actually,aku selalu gak perasan akan kesedihan serta kepiluan yang suamiku tanggung, cuma bezanya dia tak luahkan...cuma kekadang...dia mengesat perlahan2 air mata, tak nak aku perasan agaknya, walhal...aku pon bila dia sedih bila aku ternmpk adengan itu, ku perhatikan dari jauh aje...hatiku juga menangis)

ADIK: Adk xkuat..adk nk mak adk..adk kt tepeng...adk xnk blk penang...adk nk ddk dgn mak kt umah ni..

DeQmA: Adk tk de kelas? Balik laa penang

ADIK: Adik x nk..adk nak mak jgk.

DeQmA: Jgnla mcm nie, blaja penting dik.Itukan harapan mak nak adik jadi nurse, tunaikanlah...

ADIK: X.....mak da xsygkan adk...mak da x perlukan adk..utk apa adk buat sume tue...sumpah  x lame lg adk akan gila..tekanan jiwa sgt2..

DeQmA: Bawak mengucap bebanyak dik...(aku dah cuak dah actually! dia sudah out of control)

ADIK: Mak mmg d x sygkan adk...sume org x sygkan adk...adk jahat..sbb 2 sume owg nk pergi dari idop adk...

DeQmA: Sume org sygkan adik.Jgnla ckp mcm tue...

ADIK: x...kalo syg..sume owg tk kan pergi...

DeQmA: So, hargailah org dikeliling kita. Insyallah akan terisi kekosongan .(Betul ke hah nasihat aku tue?aku tak tau dah mcm mana nak pujuk adik)

ADIK: Hargaii...?diri adk sendiri pon adk benci mcm mana nak hargai org laen,..sumber kekuatan adik pon da pergi... kt mana adk nk bergantung lagi...

DeQmA: (huhuhu....it's really makes me cried!!!) Nasib baik laa bukan kat opis...nasib kat site..boleh laa aku cover2 air mata nie..)

ADIK: Adk bt sume 2 kak..tp benci diri adk sendiri...adk x mampu jd yg terbaek.

DeQmA: Jangan menci diri sendiri dik, Dekatkan diri dengan Allah. Insyallah tenang.Tak pe dik, Allah Maha Mendengar Rintihan HambaNYA.

ADIK: Tp. knp Allah x dengar masa adk mintak mak sembuh...kenapa kak...kenapa sume nie jd. kat adik...

DeQmA: (aku terus terkedu...tak mampu nak cakap apa2 lagi, kerana aku sngt sebak dan sedih sesgt...aku tak mampu nk teman dia menangis bersama2 kerana kami jauh...KL-Tepeng..kalo dekat insyallah aku akan cuba tenangkan dia..huhuhu) aku biarkan SMS tergantung mcm tue...
 

Sedikit kisah aku utk aku kongsikan hari ini. Aku juga tidak pernah terbayang utk hidup tanpa mak mertua dlm masa terdekat, kerana aku tahu, suamiku amat menyayangi arwah maknya. Setiap kali arwah mak datang..aku perasan, suamiku sgt girang dan ceria!!Tapi, sekarang hidup dia kelihatan agak hambar...agak suram....tiada lagi keceriaan!!tp, apa yang pasti, mereka tetap meneruskan hidup ini biar pon tanpa idola  seperti sediakala.Hidup perlu terus utk org2 yng masih ada. Menghargai setiap insan yng masih hidup.

Tidak terjangkau dek pemikiranku kiranya JIKA aku kehilangan mak!Pastinya kosong...seperti sebuah kotak kosong....!!!Namun, memang janji Allah perlu kita akui.Yang hidup pastinya akan mati.

Tarikh arwah Nurimah Mohd Ali  meninggal: 13 Disember 2010.
Alfatihah.

Wednesday, July 6, 2011

2 beradik bergelak tawa dengan riangnya....

Setiap malam, aktiviti sebelum mereka tido adalah bergelak ketawa.
Aktiviti mereka nie sentiasa membuatkan hati umi sentiasa bahagia.Sangat bahagia!
Malam tadi kakak tgk video masa umur dia hampir setahun.Video tue dia baru boleh berjalan,
suka sangat depa dua orang nie nengok video itu.Kalo sorang gelak, sorang lagik pon mesti ikut gelak.
Walhal masa tue Mu'iz masa tue memang dah mamai nak tito! Dia tahan jugak mata kuyu nya melayan kerenah kakaknya.

Kakak semenjak seminggu dua nie memang suka jerit2 bila dia dalam keadaan happy!
Jerit nama ayah dia kuat2 ... jerit nama adik izz kuat2!!Begitulah kerenah anak2 ku kini.
Gelagat mereka setiap hari memang mencuit hati umi.




Tuesday, July 5, 2011

Kakak@Zahirah sudah makin pandai mengikut semua gaya2 dalam cerita di TV !!

Anak sulungku ini memang sudah pandai mengajuk atau mengikut semua kelakuan2 yang dia tgk dlm TV.Latest dalam citer Wok Yoh!(siri cerita kelate)Ada attached dibawah ni..CD nie mummy n daddy hadiahkan pada kakak.So, tiap kali naik kete ayah, mesti dia nak tgk cite nie selain citer Upin Ipin.Kakak dah siap hafal dah lagu2 dlm nie..(dlm bahasa dia laa).Nak tergelak pon ada bila tengok dia wat aksi seperti dlam CD tue.Tambah2 part yg kucing tu duk kaki Dorina.."piii.ppiiihhhhh...piiiihhhhhh....pieeeehhhhh!!".Ini laa part yang dia follow)!!hahahahaha


Friday, July 1, 2011

100 Hari akan Meninggal


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakiNya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja 
mereka sadar atau tidak.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"Tanda 40 hari sebelum hari mati"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulamengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah ny awa yang akan dicabutnya.

"Tanda 7 hari"

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

"Tanda 3 hari"

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"Tanda 1 hari"

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

"Tanda akhir"

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak


Muiz first time demam

Sian anak umi nie..seumur hidup dia, ini first time dia demam...pecah rekod!Almost 10 months baru nk demam.
Kakak dia dulu hampir setiap bulan asyik demam.Sangat berbeza.

Bila demam melanda nie, biasala bebudak kan..mesti nak merengek aje...mlm td hapir 3 kali dia sedar.Agaknya sebb bdan dia panas.cian dia.

Semoga anak umi cepat sembuh ye sayang.!We LOVE YOU.