Tuesday, February 3, 2015

17 Kisah Enterprise Vs Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)

Kita akan membuat lebih banyak duit dengan menubuhkan syarikat Sdn Bhd.

1. 2 director sekurang-kurangnya diperlukan untuk mengambil bahagian dalam share holder. Jika salah seorang blacklisted, seorang lagi boleh buka Akaun bank.

2. Check dengan CCRIS dan juga CTOS tentang rekod sebenar hutang kita di Bank Negara.
Ada apps dalam smart phone yang boleh muat Turun aplikasi. Sekiranya segala hutang sudah selesai dibayar,pastikan memiliki Release Letter. Bank bukan begitu cepat update tentang status kita.

3. Sediakan gaji untuk diri sendiri. Jangan jadi perompak dalam syarikat sendiri. Sekiranya ada keuntungan lebih, ambil hujung tahun selepas audit dalam bentuk Dividends.

4. 2 director tadi sebolehnya bukan suami isteri. Lebih baik Mak dan anak. Husband will lie to you. Moms not gonna lie to you.

5. Tax/Cukai. Contoh:
Sdn bhd> Profit 500k= cukai 20% saja
Enterprise> Profit 500k= cukai 26% saja-saja.

6. Syarikat Sdn Bhd adalah automatik menjadi syarikat SME. Small medium enterprise. Lebih banyak peluang untuk kita.

7. Hutang. Liability ditanggung oleh syarikat. Kalau ada hutang dengan supplier, supplier mahu Saman, hanya syarikat yang akan menanggung. Kita free man. Kita bebas.
Supplier boleh mengambil aset-aset syarikat untuk dilunaskan hutang. Pastikan asset juga dibawah nama syarikat.

8. Bank adalah capitalist.
Dalam syarikat Sdn Bhd,bank akan memberi loan kepada syarikat,bukan director. Contohnya dalam pembayaran asset property, andai suatu masa syarikat tak mampu bayar, bank akan ambil alih property,bukan directornya.

Contohnya, Moons Sdn Bhd membeli rumah dengan menggunakan loan dengan Bank ABC. Point disini,beli Rumah guna nama syarikat. Jika kita mahu lebih Selamat.

9. Beli Kereta guna nama syarikat. Jika Beli rm100,000 guna nama syarikat, selepas 3tahun,Kereta tersebut sudah tiada nilai dalam rekod. Jatuh harga. Selepas itu secara personal kita boleh memiliki kereta dengan harga RM20,000 sekalipun.

10. Pamerkan Borang A dalam frame dikedai.

11. Semasa kita menandatangani syarikat Sdn Bhd semasa bersetuju mahu menubuhkannya,pastikan baca setiap helaian agreement tersebut. Baca secara details walau banyak. Itu tugas kita, perlindungan kepada syarikat dan diri kita dimasa depan.

12. Pendaftaran Sdn. Bhd. Lalui mereka-mereka INI:
> Company Secretary
> Tax agent
> Auditor
The more you run away from responsibilities,you will gonna more damage.

13. Loan diberi sebagai tools untuk membantu kita. Bayar balik hutang kita bila bank sudah tolong.

14. Rekod! Rekod! Rekod! Dalam setiap transaksi. Pastikan ada Pengurusan yang sistematik. Duit yang keluar setiap Kali bayar supplier mesti rekod. Duit yang masuk jangan senang-senang keluarkan. Gunakan check book.

Contoh: perbelanjaan untuk restoran.
> keluarkan rm3000 dari bank untuk perbelanjaan selama seminggu.
> duit Masuk: masukkan dalam bank setiap hari selepas transaksi masuk terakhir.

15. Bayar cukai. Borang J LHDN. Kalau tiada sales sekalipun, borang J mesti dihantar untuk memastikan ada rekod. Hantar sebelum LHDN kejar kita.

16. Rekod,resit,document transaksi mesti disimpan selama 7tahun,sekiranya tidak bayar tax dan register dengan LHDN, LHDN will find and catch you.

17. Staff mesti dilayan seperti staff. Majikan harus dilayan seperti majikan. Pelanggan harus dilayan seperti pelanggan. Bukan guna perkataan Adik,Kakak,abang. Staff kena report pada Bos.

*Tuan Haji Jerry Zafrul Rizal(Regional Director for Richworks International) adalah orang yang bertanggujawab membawa Tesco ke Malaysia. Kata beliau, sales terbanyak didunia ialah di Tesco Kota Bharu yang membawa 85% cash kedalam Tesco.

Gaji Ceo Tesco Malaysia ialah rm370,000 sebulan. Ceo pun tak mahu pulang ke UK. Income Tax di UK ialah 50%.

Intensive Business Coaching.
13 dan 14 Disember 2014.
Catitan Cikpuan Munirah Fuzi

Wednesday, August 27, 2014

Badminton bersama Ex classmate

Badminton time


Alhamdulillah.En.suami menunaikan hajat isterinya untuk bermain badminton malam tadi.

Aku panggil dia Big, tapi budak kelas aku yang lain panggil dia Jebon.

Thanks ya coz inviting us.
Main kat Proshuttle Court di BTHO jam 8-10malam.

Tuesday, May 6, 2014

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

Monday, May 5, 2014

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda
1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.
Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.
Like ·  · 

Thursday, April 24, 2014

Ceramah- Aa Gym Faktor-Faktor Pengotor Hati

Assalamualaikum w.b.t, 

Alhamdulillah sempat hari nie mendengar sedikit perkongsian dari Penceramah Agama dari Indonesia iaitu AA Gym. 

Ada sedikit yang sempat saya catat untuk diri sendiri, 

MAKNA SUKSES MENGIKUT ISLAM 
1. Mari kita melihat dunia biasa-biasa sahaja. 
2. Kita tidak boleh melihat kemuliaan seseorang itu dengan adanya kenderaan yang bagus. 
Jika ada kenderaan yang bagus it's ok.Tapi jangan ada perasaan yang riak, ujud dan takabbur. 
Jadikan kenderaan yang bagus adalah untuk sampai ketempat yang dituju selamat sampai dengan selesa. 
4. Jangan kita terlalu bangga dengan apa yang kita ada, ILMU, PANGKAT, KETURUNAN &etc. Kerana ketika kita lahir pon kita tidak membawa apa-apa pon. 
5. Jika kita besarkan Allah s.w.t inshallah dunia akan jadi kecil. 
Jika kita besarkan dunia maka kita akan jauh dari Allah s.w.t. 
6.. Pentingnya Tiang, asas, Mengaji serta tahajjud. 
7. Dakwah perlu diawali dengan dengan kasih sayang. 
8. Contohnya kita tidak boleh menghukum seorang pelacur itu akan masuk neraka. Allah s.w.t menilai perbuatannya yang tidak mengharapkan apa-apa balasan apabila pelacur itu memberi minuman kepada anjing.Ketika itu Allah s.w.t mengampunkan pelacur itu. 
Siapa kita untuk menghukum orang lain. 
9. Apabila kita melihat orang bukan islam, kita doakan agar mereka mendapat hidayah dariNYA. 




Tuesday, April 22, 2014

BILA MEREKA SEDANG NYENYAK TIDUR

Bila anda melihat wajah anak-anak anda semasa mereka senang nyenyak tidur, apakah perasaan yang paling kuat di hati anda?
Sangat mendalamkan perasaan itu?
Mampukan umi dan ayah mendidik anugerah dan amanah yang terindah ini sayangkan dan cintakan PENCIPTANYA?
Mampukah anak-anak ini menghadapi kehidupan yang penuh dengan ujian dengan cabaran ini dengan rasa bersyukur dan redha?
Mampukah anak-anak ini menghadapi saat-saat kematiannya dalam keadaan HUsnul Khotimah?
Mampukah kami sebagai ibu bapa membimbing mereka agar sentiasa sayangkan dan cintakan Allah s.w.t dan Rasulnya.
Mampukah kami bimbing mereka untuk menjadi anak dan ahli syurga?

Sewaktu tidur inshallah kita bisikkan ketelinga mereka agar mereka sentiasa sayangkan Allah s.w.t NO.1.

Mudah-mudahan anak-anak umi dan ayah ini menjadi penghuni syurga bersama umi dan ayah ya. Inshallah.
Umi dan ayah sayang sangat-sangat.

Jika umi dan ayah sentiasa memarahi kalian semua,
Ampunilah kami,
Kami perlu mendidik kalian agar menjadi anak yang berguna pada ibu bapa, agama dan bangsa dan nergara suatu hari nanti.


Thursday, April 17, 2014

MURAH HATI-LAMINATED DAN LETAK KAT TEPI KATIL

MURAH HATI-LAMINATED DAN LETAK KAT TEPI KATIL 

Jadikan murah hati jadi satu KPI keluarga, 
Ambil satu kertas dan tulis, 
SAYA TAHU SAYA MURAH HATI 
SAYA TAHU KENAPA SAYA MURAH HATI

Lama-lama minda bawah sedar akan menerima message, 
Bila setiap hari kita bangun dan lihat ayat 
Dah tolong apa hari nie,
Dah sedekah apa hari nie,
Dah cakap baik apa hari nie, 

Jangan tanya anak berapa nak dapat?
Kerana masuk syurga bukan dilihat berapa banyak A seseorang itu. 

Sentiasa jaga akaun EMOSI kita 

Petikan dari kata-kata Prof Muhaya